PETALING JAYA – Temuduga untuk pengambilan cikgu secara sekali gus atau one-off akan dijalankan bermula minggu depan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kumpulan pertama calon yang ditemuduga adalah mereka yang mempunyai diploma atau sijil pendidikan.
Katanya, program pengambilan itu mendapat reaksi yang memberangsangkan dengan lebih 500,000 permohonan diterima
Kekosongan jawatan cikgu yang perlu diisi pula adalah 18,702.
“Selain saringan melalui komputer, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga menghabiskan masa yang panjang untuk memeriksa setiap permohonan.” kata Hang Soon kepada Sinchew Daily.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pengambilan besar-besaran 18,702 guru mulai Julai ini
- Strategi pengambilan guru secara one-off tidak sesuai
- Pengambilan guru dari pelbagai bidang nafi hak graduan pendidikan – Zahid
Menurutnya, selepas temuduga dengan calon yang mempunyai kelayakan diploma pendidikan, pusingan seterusnya adalah membabitkan mereka yang tidak memiliki kelulusan dalam bidang pendidikan.
Katanya, golongan tersebut akan diambil sebagai cikgu secara berkontrak dan perlu menyertai kursus pendidikan selama setahun hingga setahun setengah sebelum diambil sebagai cikgu biasa. – MalaysiaGazette