Home Nasional Kalau kelas ekonomi kena beratur, kelas bisnes pun beraturlah

Kalau kelas ekonomi kena beratur, kelas bisnes pun beraturlah

Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan masjid diharap tidak lagi mengamalkan layanan berbeza antara individu penting (VIP) dan kelas biasa untuk memasuki ke premis itu ketika pelaksanaan had jemaah.

“Benar, jemaah tetap kadang-kadang diberikan keutamaan, namun jemaah yang tidak tetap juga tidak boleh diketepikan, mereka hadir solat Jumaat kerana itulah solat berjemaah yang difardhukan dan ia hanya dilaksanakan di masjid yang dibenarkan, bukan di madrasah biasa,” kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid merupakan kelompok terhormat, jasa dan sumbangan menguruskan tempat yang mulia hanya Allah yang berhak membalas jasa.

Namun, dalam masa yang sama, teguran dan saranan daripada jemaah juga bertujuan untuk kebaikan.

Oleh itu, beliau menasihatkan, jika ada jemaah mahu masuk ke masjid, datanglah awal.

”Kalau kelas ekonomi pun beratur, kelas bisnes pun beraturlah,” ujar beliau sambil berharap pengurusan masjid tidak dihukum ditohmah dengan khilaf ini, apatah lagi permohonan maaf telah dibuat. – MalaysiaGazette