KUALA LUMPUR – Laporan kes sembuh harian Covid-19 yang tinggi iaitu 20,980 hari ini melebihi bilangan positif harian 19,198 setakat 12 tengahari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka sembuh harian itu menjadikan kes kumulatif sembuh setakat ini berjumlah 1,721,713 kes atau 87.0 peratus.
Daripada kes harian 19,198 juga 19,193 adalah kes tempatan yang mana hanya 1,765 daripadanya mewakili warga asing atau 9.2 peratus.
“Jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 1,298 kes yang mana 960 kes daripadanya disahkan Covid-19 manakala 338 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan.
“Manakala kes memerlukan alat bantuan pernafasan adalah sebanyak744 kes iaitu 444 kes daripadanya disahkan Covid-19 sementara 300 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Dr. Noor Hisham, daripada 19,198 kes positif harian yang dilaporkan pada hari ini, 253 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
“Selain itu, 18,945 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” ujarnya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Covid-19: 19,198 kes positif baharu, Sarawak catat bilangan tertinggi