Home Nasional Penyokong Malaysia, Indonesia diminta jaga kelakuan – polis

Penyokong Malaysia, Indonesia diminta jaga kelakuan – polis

Mazlan Mansor

SHAH ALAM: Polis memberi amaran kepada penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia supaya berkelakuan baik sepanjang perlawanan akhir Sukan Sea 2017 yang berlangsung malam ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, polis akan memantau perlawanan malam ini dan tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk provokasi di dalam mahu pun di luar stadium.

“Ini adalah amaran kepada penyokong-penyokong, datang untuk beri sokongan,” katanya selepas majlis penutup kursus First Aid Life Support di sini.

Seramai 80,000 orang dijangka hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir itu.

Tambah beliau, stadium itu akan dikawal ketat oleh anggota dan pegawai polis dari Bukit Aman dan Selangor.

Malah, setiap penonton akan menjalani pemeriksaan ketat di setiap pintu masuk stadium.

Beliau berkata, penyokong kedua-dua negara akan diasingkan – penyokong Malaysia melalui pintu B, C dan D dan Indonesia pintu A. – MalaysiaGazette