KUALA LUMPUR – Pelawak popular Shuib meluahkan rasa syukur dapar melawat anak bongsunya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
Menerusi satu perkongsian di Insta story, Shuib memberitahu dia dapat meluangkan masa tiga jam bersama anaknya itu.
Menurut Shuib, anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan berat sudah mencecah 2.6kg serta kuat menyusu.
Ujar beliau, wajah anaknya itu menyamai mukanya.
“Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu,” katanya.
Lebih sebak, Shuib mengatakan ianya hadiah sangat istimewa daripada arwah isterinya dan berharap Siti Sarah ada bersamanya dan anak mereka.
Sebelum ini, Shuib berkongsikan Ayash sudah dikeluarkan dari inkubator dan menunjukkan perkembangan yang sangat baik. – MalaysiaGazette