KUALA LUMPUR – Aplikasi muzik bebas dan percuma, JOOX menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 bagi orang ramai yang menyertai peraduan JOOX SuperRoom Challenge bermula 15 hingga 26 September ini.
Pendaftaran peraduan dibuka hingga 17 September ini dan terbuka kepada semua individu termasuklah orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), artis, pempengaruh media sosial dan juga peniaga atas talian.
Bagaimanapun, JOOX menetapkan syarat kesemua peserta perlu menggunakan platform JOOX Rooms di aplikasinya dan perlu mengemudi sesi secara langsung selama sekurang-kurangnya satu jam.
Seterusnya, pihak platform muzik bebas itu akan membuat kiraan berdasarkan jumlah penonton yang aktif bermula dengan 100 penonton sehinggalah 2,000 penonton.
Selain berpeluang memenangi hadiah tunai berkenaan, peserta juga berpeluang membuka ruang atau Rooms’ di JOOX Rooms sebagai hos.
JOOX dalam kenyataannya berkata, idea menganjurkan peraduan tersebut timbul untuk membantu masyarakat selepas mengambil kira situasi pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pendapatan mereka.
Borang pendaftaran dan syarat penyertaan boleh dirujuk menerusi link seperti berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScAPNXn7Y0n4F42KLWVYIgkN7P_ETYfI2-yhw-Hm3D2u2G8RA/viewform
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai peraduan ini boleh diemelkan kepada : [email protected] atau layari laman Facebook JOOXMY.- MalaysiaGazette