Home Nasional Selangor kembali tertinggi, kes Covid-19 melebihi dua juta

Selangor kembali tertinggi, kes Covid-19 melebihi dua juta

Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,669 kes positif harian baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di negara ini melebihi angka dua juta iaitu sebanyak 2,011,440 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor kembali mendominasi carta harian kes Covid-9 dengan jumlah kes positif tertinggi sebanyak 2,632.

Manakala Sarawak merekodkan sebanyak 1,983 kes diikuti Johor yang mencatatkan 1,974 kes dan Sabah sebanyak 1,784 kes.

Pulau Pinang pula mencatatkan sebanyak 1,651 kes, Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Negeri-negeri lain yang merekodkan kes positif harian di bawah paras 1,000 kes termasuk lah Perak (856), Pahang (763), Terengganu (483), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak tiga kes. – MalaysiaGazette