Home Politik Terima kasih kerana setuju dengan cadangan saya – Ahmad Maslan

Terima kasih kerana setuju dengan cadangan saya – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju dengan salah satu cadangannya untuk melakukan transformasi Parlimen.

Cadangan itu mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjadikan jumlah jawatan itu kepada tiga orang yang dikhususkan untuk wakil pembangkang.

Sementara itu, timbul spekulasi lain mengenai penangguhan pemilihan Timbalan Speaker yang sepatutnya diadakan hari ini.

Veteran UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, sehari selepas Memorandum Persafahaman Kerajaan-PH (Pakatan Harapan) dimeterai, suhu politik kembali panas.

Pemilihan Timbalan Speaker terpaksa tangguh.

Beliau difahamkan, ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan 4 ahli Parlimen bebas menolak pencalonan Ahmad sebagai calon kerajaan.

”Sudah tentul pihak yang berdendam terhadap Ahmad Maslan menjadi dalangnya. Dan sudah tentu kluster mahkamah dijadikan alasan.

”Kenapa double standard? Memorandum yang dimeterai melibatkan DAP. Apakah Lim Guan Eng bukan kluster mahkamah? Dia naik atas pentas mewakili DAP semalam,” dakwa beliau.

Tambahnya, disebabkan bimbang Nga Kor Meng calon DAP menang percuma, kerajaan didakwa minta ehsan PH supaya bersetuju mengeluarkan agenda memilih Tiimbalan Speaker daripada senarai aturan Parlimen hari ini.

Susulan itu, pindaan Perlembagaan akan dibuat untuk menambah jawatan Timbalan Speaker kepada tiga orang.

Satu darinya akan diberi pada DAP jika sokong pindaan itu.

”Bermakna ada tambahan item baru dalam memorandum persafahaman kerajaan-PH. Politiking berterusan.

”Semoga Perdana Menteri tidak membiarkan dirinya nampak lemah dan mudah ditekan. Membimbangkan, sampai tahap pinda perlembagaan,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. wak FUAD yang berdendam tu KAMU dari Pres umNO DAN 15 ORANG Menteri umNP….jika TSMY MASIH BERDENDAM sebab sandiwara umNO menjatuhkannya….sudah pasti tsmy dan mpnya tidak akan menamakan dan menyokong Ismail SABRI.

    FUAD jika kepinginn NK JADI SPEAKER/tIMBnya boleh je bersama kadir jasin dan sharir samad dikerusi tersebut…barulah anak jantan dalam dan luar gelanggang

  2. Puad ni memang kaki memanaskan line, dendam sungguh dia kepada PBBM. Elok dia lompat ke PH join jelutong, shah alam dan beberapa lagi manusia yg suka memekakan dewan. UMNO & PBBM dah berada dlm kerajaan buat apa nak melaga lagakan rakan sekutu, fokus kepada kawasan masing2 takut terlepas tangan ke PH, fikirkan untuk PRU15.

Comments are closed.