Home Nasional SPRM tahan pensyarah kanan beri kontrak RM46,000 kepada kakak, abang ipar

SPRM tahan pensyarah kanan beri kontrak RM46,000 kepada kakak, abang ipar

MARA Corp Corporation MEIO Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million CBT missing case item Malaysian Indian Transformation Unit MITRA funds Indians MACC logo MP Sabah Hasanah Abdul Hamid remand senior officers Malaysian Anti-Corruption Commission Ahmad Maslan compound punitive action
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pembantu pegawai sebuah agensi bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam (UA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kerana disyaki menyalahgunakuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

Wanita berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan bahawa, kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelengaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai diambil keterangan petang semalam di ibu pejabat Putrajaya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut. – MalaysiaGazette