Home Dunia Korea Utara bedil dua peluru balistik

Korea Utara bedil dua peluru balistik

Korea Utara menguji peluru jarak jauh pada bulan September tahun lalu. foto KCNA

SEOUL – Korea Utara telah membedil dua peluru berpandu balistik di pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan.

Jepun juga melaporkan sebuah objek dilepaskan dan ia mungkin peluru berpandu balistik.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menyifatkan pelancaran itu sebagai “keterlaluan” kerana mengancam keamanan dan keselamatan di rantau ini.

Ini adalah ujian senjata kedua yang dilakukan Korea Utara minggu ini.

Setakat ini tidak jelas sejauh mana jangkauan peluru berpandu itu.

Ujian peluru berpandu balistik bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengekang aktiviti nuklear Korea Utara.

Pyongyang berupaya membawa nuklear atau kepala peledak konvensional dan dikelaskan mengikut sejauh mana mereka dapat melakukan perjalanan – yang paling jauh adalah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Pada masa lalu, Korea Utara telah menguji ICBM yang dikatakan mampu menjangkau hampir seluruh barat Eropah dan sekitar separuh daratan Amerika Syarikat (AS).

Pada hari Isnin, Korea Utara menguji peluru berpandu jarak jauh yang mampu menyerang sebahagian besar Jepun dengan menggunakan “senjata strategik yang sangat penting”. – BBC