Home Ekonomi Nilai jualan sektor pembuatan bulan November naik

Nilai jualan sektor pembuatan bulan November naik

Jumlah gaji sektor pembuatan dibayar lebih tinggi pada November 2016 berbanding 2015.

KUALA LUMPUR – Nilai jualan sektor pembuatan pada November 2016 mencatatkan RM60.1 bilion, peningkatan sebanyak 8.2 peratus (RM4.6 bilion) berbanding RM55.5 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.

Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan November 2016 pula seramai 1,030,745 orang, meningkat sebanyak 0.2 peratus atau 1,954 orang berbanding 1,028,791 orang pada November 2015, menurut Jabatan Statistik.

Jumlah gaji dan upah yang dibayar pada bulan November 2016 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya telah meningkat sebanyak 6.1 peratus (RM185.6 juta) kepada  RM3,232.8 juta.

Menurutnya, produktiviti meningkat sebanyak 8.0 peratus kepada RM58,301 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette