Home Dunia Johnson & Johnson diarah bayar AS$417j kepada seorang pengguna

Johnson & Johnson diarah bayar AS$417j kepada seorang pengguna

Produk talkum Johnson & Johnson

LOS ANGELAS – Juri memutuskan seorang wanita dibayar AS$417 juta (RM1.776 bilion) kerana berhadapan dengan risiko menghidap kanser ovari setelah menggunakan Johnson & Johnson Baby Powder dalam tempoh lebih 50 tahun.

Bayaran itu merangkumi AS$70 juta (RM291.7 juta) pampasan kerosakan dan AS$47 juta (RM200.2juta) kerosakan punitif.

Eva Echeverria, 63, dari Los Angeles berkata, dia menggunakan bedak jenama itu untuk menjaga kebersihan dirinya sejak berusia 11 tahun, lapor CNN.

Dia bagaimanapun berhenti menggunakan produk itu pada tahun 2016 setelah membaca berita mengenai seorang wanita menghidapi kanser ovari kesan penggunaan produk tersebut.

Echeveria merupakan kes pertama antara ratusan kes di California malah ribuan kes yang sama kini dalam proses perbicaraan di mahkamah tempatan.

Echeveria dalam perbicaraan memberitahu, sekiranya terdapat label amaran penggunaan pada produk dia akan berhenti menggunakannya.

Pihak pengeluar tidak wajib berbuat demikian kerana produk itu dikatogerikan sebagai kosmetik dan tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan di bawah Jabatan Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat. – Agensi