Home Nasional 18,760 kes sembuh Covid-19 hari ini

18,760 kes sembuh Covid-19 hari ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 18,760 kes sembuh Covid-19 dilaporkan pada hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh berjumlah 1,783,339 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,272 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 911 kes daripadanya adalah kes Covid-19 sementara 361 kes lagi adalah kes-kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“Manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan atau vantilator adalah sebanyak 641 kes dan 414 daripadanya kes Covid-19 manajala 227 kes lagi adalah suspected, probable dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 19,495 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif berjumlah 2,030, 935 kes.

Ujarnya, daripada jumlah itu, 19,484 kes adalah kes tempatan yang mana 17,860 kes atau 91.7 peratus adalah warganegara dan 1,624 kes adalah warga asing.

“Daripada 19,495 kes positif harian yang dilaporkan pada hari ini, 308 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

“Malah, 19,187 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya. – MalaysiaGazette