Home Utama Pesawat pertama gelembung pelancongan tiba di Langkawi

Pesawat pertama gelembung pelancongan tiba di Langkawi

Flight MH1432 carries the first group of tourists safely arrives at the Langkawi International Airport, Kedah, in conjunction with the pioneer travel bubble project in the holiday island. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 16 SEPTEMBER 2021.
Flight MH1432 carries the first group of tourists safely arrives at the Langkawi International Airport, Kedah, in conjunction with the pioneer travel bubble project in the holiday island. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 16 SEPTEMBER 2021. Pesawat MH1432 yang membawa kumpulan pertama pengunjung tiba disambut dengan pancutan air sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

LANGKAWI – Pesawat Malaysia Airlines MH1432 yang membawa kumpulan pertama gelembung pelancongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 10.36 pagi ini.

Pesawat yang membawa 159 penumpang itu berlepas dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.35 pagi.

Ketibaan pesawat itu disambut dengan semburan air sebagai gimik selamat datang ke pulau peranginan itu yang dibuka semula sebagai projek perintis gelembung pelancongan negara bermula hari ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (kanan) menyamput kumpulan pertama pengunjung yang tiba sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat MH1432 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Mereka disambut oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Penumpang juga dimeriahkan oleh Persatuan Pemuzik dan Buskers yang datang dari ibu negara membuat persembahan di balai ketibaan.

Sebelum ini, Lembaga Pembangunan Langkawi menjangkakan kira-kira 400,000 pelancong akan mengunjungi Langkawi dalam tempoh kira-kira tiga setengah bulan bermula daripada pembukaan semula pulau peranginan itu pada hari ini hingga Disember ini dengan hasil sebanyak RM165 juta.

Kumpulan pertama pengunjung yang tiba sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat MH1432 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan setiap pelancong yang ingin bercuti di Langkawi diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, statistik ketibaan pengunjung pada 2019 di Langkawi berjumlah 3.92 juta orang iaitu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan bagi pulau tersebut.

Namun kata beliau, pada tahun 2020, jumlah ketibaan pelancong yang direkodkan hanya 1.8 juta orang.

“Penurunan mendadak sebanyak 54 peratus ini telah disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia yang bukan hanya menjejaskan kesihatan awam malah menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

“Pada tahun 2020 sahaja Langkawi mengalami kerugian sebanyak RM700 juta jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM1.7 billion,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pembukaan Semula Sektor Pelancongan di Langkawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, di sini, malam tadi.

Kumpulan pertama pengunjung yang tiba sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat MH1432 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Pada 9 September lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya. – MalaysiaGazette

Kumpulan pertama pengunjung yang tiba sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat MH1432 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.