Home Sukan Sukan SEA KL2017: Final Malaysia, Thailand di Stadium Shah Alam

Sukan SEA KL2017: Final Malaysia, Thailand di Stadium Shah Alam

KUALA LUMPUR – Perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam Selasa ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, perkara tersebut diputuskan setelah beliau berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan jurulatih pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee hari ini.

Menurutnya, banyak faktor diambil kira sebelum pihaknya membuat keputusan tersebut.

“Tapi yang paling penting pandangan OKS Datuk (Ong Kim Swee) & Team Bola Sepak Malaysia. They want to play in SSA (Mereka mahu bermain di Stadium Shah Alam,” katanya dalam akaun twitter beliau hari ini.

Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Shah Alam malam semalam bagi menempah tiket ke final manakala Thailand menumpaskan Myanmar dengan jaringan yang sama di Stadium Selayang.

Menuru Khairy, harga tiket untuk perlawanan akhir itu ialah RM21.20 (termasuk GST).

Sementara itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia dan Myanmar akan diadakan di Stadium Selayang pada pukul 4.30 petang hari yang sama. – MalaysiaGazette