Home Nasional Elak pilih vaksin – Dr Kamal

Elak pilih vaksin – Dr Kamal

Dr Kamal (kiri)

NUSAJAYA – Orang ramai khususnya warga Johor yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dinasihatkan agar tidak memilih vaksin.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Medini, Dr Kamal Amzan berkata, ini kerana setiap vaksin yang disediakan adalah yang terbaik buat masa ini.

Langkah itu juga akan  memudahkan proses pemberian vaksin kepada golongan dewasa, ujarnya.

Tambah beliau, terdapat segelintir individu yang memilih vaksin hingga ada yang sanggup menangguhkan tarikh menerima suntikan.

”Saya ingin menyeru kepada semua untuk penuhi temujanji yang diberikan dan tidak memilih jenis-jenis vaksin tertentu kerana lebih cepat golongan dewasa selesai divaksin, lebih cepat tumpuan boleh diberikan kepada mereka berumur bawah 18 tahun untuk divaksin,” katanya.

Beliau menyatkan demikian pasa sambutan Hari Malaysia dengan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Studio Iskandar, di sini, hari ini.

Sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini, orang ramai yang mengambil vaksin di PPV Iskandar Malaysia Studios disajikan dengan pelbagai aktiviti bersifat patriotik oleh sukarelawan yang bertugas.

Ketua  Pegawai  Eksekutif  Hospital  Gleneagles  Medini,  Dr  Kamal  Amzan

Menurut Dr. Kamal, Johor dijangka memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan negara (PPN) pada akhir Oktober ini apabila 80 peratus kadar vaksinasi lengkap dalam kalangan populasi dewasa dicapai.

Katanya, ketika ini peratusan individu yang telah lengkap divaksinasi di Johor masih lagi rendah iaitu pada kadar 63.9 peratus. – MalaysiaGazette