KABUL – Taliban telah menyerahkan kira-kira AS$12.3 juta dolar dan sejumlah emas kepada Da Afghanistan Bank (DAB), kata bank pusat itu dalam kenyataan di sini.
Wang tunai dan jongkong emas itu dijumpai dari rumah bekas pegawai pentadbiran dan pejabat bekas agensi perisikan kerajaan tempatan.
“Langkah pegawai pemerintah Islam Afghanistan ini menyerahkan aset tersebut kepada perbendaharaan negara membuktikan komitmen mereka terhadap ketelusan,” kata kenyataan itu.
Setelah menguasai Kabul pada 15 Ogos, Taliban mengumumkan pembentukan pemerintahan sementara pada 7 September lalu dengan melantik beberapa pemangku menteri dan pemangku gabenor bank pusat Afghanistan. -Xinhua