Home Seni Hidup One Forteen sedia dikecam kerana buka spa

One Forteen sedia dikecam kerana buka spa

One membuka spa bersama rakannya Jaspal
One membuka spa bersama rakannya Jaspal

SHAH ALAM – One Forteen (Muhammad Ridzuan Shariffudin) sedia dikecam sekiranya ada yang mempertikaikan kenapa dia membuka spa untuk lelaki.

Ini kerana gambaran spa lelaki sering dikaitkan dengan kegiatan gay.

“Berani kerana benar. Saya dah agak dari awal kami akan dikecam. Tapi mental kena kuat,” jelas One selepas majlis perasmian Musclemen Spa baru-baru ini.

Rakan kongsinya Jaspal Singh menambah “Asalkan apa yang kami buat halal. Kami tak boikot sesiapa yang nak datang Musclemen Spa.”

Ujar One, idea membuka spa ini timbul setelah dia dan rakan, Jaspal yang sering ke gimnasium

Setelah itu dia dan rakannya berasa perlu ke spa bagi membantu membaik pulih otot selepas ke gimnasium.

Namun mereka dapati sukar mendapatkan perkhidmatan itu di kawasan Shah Alam.

“Kalau ikutkan saya tak fikir sangat untuk buka spa ni. Tapi selepas diajak Jaspal berkali-kali saya pun setuju. Lagi pun ia baik untuk masa depan saya kerana sampai bila saya nak menyanyi?” jelas One.

Musclemen Spa dibuka di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Spa ini menawarkan harga bermula RM28 sehingga RM388.

“Spa kami turut menyediakan perkhidmatan yang lain berbanding spa sedia ada di Malaysia. Sebagai contoh Vinchy Shower, perkhidmatan ini cuma ada di negara luar seperti Itali,” jelas Jaspal.

“Selain itu spa kami kami menawarkan banyak perkhidmatan untuk atlet bina badan.

“Spa kami ini bukan untuk tujuan menjaga penampilan semata-mata tapi juga kesihatan,” tambah One pula.

One menjelaskan tenaga kerja yang ditawarkan juga terlatih dan mendapat sijil dalam perkhidmatan khusus.

Antara rakan artis yang hadir di majlis perasmian