Home Nasional PKPD ditamatkan di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang

PKPD ditamatkan di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang

kenyataan rasmi MKN yang mengumumkan perlanjutan dan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di negeri Sabah, Kelantan Pahang pada hari ini.-Sumber MKN.

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, di Sabah PKPD yang dilaksanakan di dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Taman Keramat dan Angkasa Apartmen ditamatkan pada 17 September ini seperti yang dijadualkan asal.

Menurutya, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi jangkitan kes semasa di lokaliti berkenaan.

PKPD di kedua-dua lokaliti itu dimulakan pada 4 September lalu.

Dua perkampungan Orang Asli Pos Blau, Gua Musang iaitu Kampung Blau dan Kampung Batang turut ditamatkan PKPD pada Jumaat ini.

PKPD mula dikuatkuasakan di kedua-dua kampung Orang Asli itu sejak 21 Ogos yang lalu sebelum dilanjutkan lagi.

Justeru di negeri Pahang Rumah Kongsi Pinggiran Goh, Kuantan dan Sempalit, Mukim Gali dan Raub juga ditamatkan PKPD oleh MKN pada hari esok.Sumber MKN

Rumah Kongsi Pinggiran Goh, Kuantan dan Sempalit, Mukim Gali dan Raub juga ditamatkan PKPD oleh MKN pada hari esok.

PKPD dilaksanakan di kawasan-kawasan lokaliti berkenaan sejak 4 September lalu.

Dalam perkembangan lain, MKN juga mengumumkan perlanjutan PKPD di beberapa lokaliti di negeri Pahang.

Manakala PKPD di tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh iaitu, Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong serta Penjara Penor di Kuantan dilanjutkan mulai 18 September 2021 hingga 1 Oktober 2021.

PKPD sepatutnya ditamatkan di kesemua kawasan itu pada Jumaat ini.

Keputusan melanjutkan PKPD diambil setelah kerajaan meneliti analisa Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko n serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.-MalaysiaGazette