Home Nasional Remaja lemas ketika mandi di Tasik Cermin

Remaja lemas ketika mandi di Tasik Cermin

Remaja berusia 19 tahun ditemukan lemas di lumpur tasik Cermin Puncak Perdana Shah Alam dalam kejadian sekitar 4 petang tadi. foto Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki mati selepas lemas ketika mandi dengan kawan-kawannya di Tasik Cermin, Puncak Perdana di Shah Alam hari ini.

Mangsa berusia 19 tahun dan berasal dari Taman Gembira, Klang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Norazam berkata, mangsa disyaki telah terperangkap dekat lumpur dasar tasik dekat tebing berhampiran kawasan perumahan Nusa Rhu di Jalan Pulau Angsa U10/32, Puncak Perdana.

”Mangsa telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri terperangkap di dasar tasik pada kedalaman air kira-kira empat meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu kira-kira jam 4.08 petang tadi lalu berkejar ke tempat kejadian.

Mangsa ditemui pada jam 4.33 petang dan dinaikkan ke darat dan diberikan bantuan kecemasan.

Ruang yang dibulatkan disyaki tempat mangsa terperangkap dalam lumpur semasa bermandi manda bersama kawan di Puncak Perdana dalam kejadian sekitar 4 petang tadi. Gambar Ihsan: Bomba Selangor

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) Meru dan mayat diserahkan kepada polis. – MalaysiaGazette