Home Nasional Jalan tutup, lencongan trafik di Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tun Razak ...

Jalan tutup, lencongan trafik di Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tun Razak hingga 14 Dis

KUALA  LUMPUR – Penutupan jalan dan lencongan trafik sedang dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tun Razak mulai 15 Sept hingga 14 Dis ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan jalan  itu bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf persimpangan bertingkat di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan-jalan di sekitarnya.

“Trafik dari Bulatan Pahang menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah akan dilencongkan ke arah jambatan Jalan Tun Razak dan seterusnya ke Jalan Tun Ismail, Jalan Putra dan Jalan Raja Laut untuk ke Jalan Sultan Azlan Shah.

“Bagi kenderaan ringan, trafik dari Bulatan Pahang akan dilencongkan ke Jalan Batu-Bata untuk ke Jalan Sultan Azlan Shah,” menurut kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan.

— BERNAMA