Home Dunia Perarakan ‘saya tak takut’ di Barcelona

Perarakan ‘saya tak takut’ di Barcelona

 

MADRID – Kira-kira 500,000 orang menyertai perarakan penuh warna-warni di sini setelah tragedi dua serangan yang membunuh 16 orang awam di Barcelona.

Perarakan diatur melalui rangkaian media sosial dengan slogan #NoTincPor (saya tak takut).

Peserta melaungkan slogan yang sama sepanjang perarakan.

Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dan Perdana Menteri, Mariano Rajoy kelihatan turut menyertai perarakan lapor CNN.

Perarakan itu membuktikan kesatuan dikalangan rakyat selain kepelbagaian budaya.

Terdapat peserta yang membawa plak kad yang bertulis “No to Islamophobia (Tidak kepada fobia islam)”.

Perarakan turut melintas kawasan komuniti orang islam.

Salah seorang peserta yang ditemuramah CNN memberitahu,;”Penyelesaiannya adalah keamanan. Keamanan adalah milik semua.”

Peserta yang membawa bunga ros menyerahkan kepada polis dan paramedik sebagai tanda berterima kasih kepada mereka.

Polis tempatan mengesahkan perarakan yang dihadiri lebih kurang setengah juta orang awam itu diadakan dengan selamat dan aman.

Perhimpunan berakhir di kawasan Las Ramblas iaitu lokasi di mana berlakunya rempuhan van yang mengorbankan 14 nyawa dan lebih 100 cedera pada kejadian 17 Ogos lalu.