Home Seni Hidup JL99 edar bakul makanan kepada penghuni rumah pangsa Taman Maluri

JL99 edar bakul makanan kepada penghuni rumah pangsa Taman Maluri

KUALA LUMPUR – Kumpulan hartanah, JL99 hari ini mengedarkan bakul makanan kepada 200 keluarga yang mendiami rumah pangsa Taman Maluri, Cheras, di sini.

Pengasasnya, Datuk Seri Jeff Lee berkata, berkata, walaupun pihaknya hanya menyumbang barangan asas namun ia amat besar nilai kepada penerimanya.

“Barangan untuk bakul makanan itu juga telah habis namun permintaan masih lagi banyak, seperti hari ini apabila saya datang ke lokasi ini, walaupun dari luaran pangsapuri ini nampak normal tetapi jika anda masuk ke dalam rumah mereka, cuba bercakap dengan  mereka, anda akan menangis.

“Keadaan mereka sungguh daif sekali, ada daripada mereka makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ikat perut dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Lee, akan terus  mengedarkan bakul makanan mengandungi barangan asas untuk penduduk setempat.

Katanya, sebelum ini pihaknya hanya berhasrat menyampaikan sumbangan membantu 1,000 bakul makanan yang bernilai RM300,000 namun namun ia melepasi jumlah tersebut.

“Kini kita sudah edarkan sumbangan hampir 2,000 bakul makanan. Ini kerana permintaan masyarakat setempat sememangnya seperti tidak berhenti-henti.

“Ada yang secara peribadi mencari saya, bila saya dengar kisah mereka memang sungguh sedih sekali. Saya sendiri sering di jemput oleh pengerusi-pengerusi rumah flat pantau sendiri keadaan daif penduduk.

“Cuma kali ini sumbangan kita berlainan dari yang awal, kita tidak lagi berikan wang tunai RM100 seperti sebelum ini sebaliknya memberikan barangan bernilai RM200 kepada semua,” katanya.

Katanya, walaupun pembukaan sektor ekonomi secara berkala telah mula dilakukan namun ketika ini keadaan masih tidak banyak berubah. – MalaysiaGazette