Home Sukan Ibrahimovic tidak lagi relevan

Ibrahimovic tidak lagi relevan

Zlatan Ibrahimovic.

LONDON – Bekas pemain Arsenal, Paul Merson memberikan komen mengenai kepulangan Zlatan Ibrahimovic ke dalam skuad Manchester United baru-baru ini.

Ketika ditemubual oleh Sky Sports, dia yang juga merupakan legenda The Gunners secara terbuka berkata, penyerang itu sudah tidak lagi relevan kerana akan bergelut dengan prestasi cemerlang musim lalu.

“Bagi saya,beliau tidak lagi relevan di United.Benar,sebelum mengalami kecederaan beliau banyak menjaringkan gol buat mereka. Tapi di akhir musim hanya Antonio Valencia dan Ander Herrera berjaya mengambil hati penyokong mereka.

“Di sebalik kepulangannya ke dalam skuad, dia akan menjadi persoalan apakah mampu mengulangi prestasi di musim lalu.

“Sebagai contoh, jika Lukaku gagal menjaringkan gol dan para penyokong pastinya mengharapkan serta melaungkan nama Ibrahimovic. Kita tahu, dia kembali bukan untuk berada di bangku simpanan,” jelasnya.

Merson turut memuji Henrikh Mkhitaryan yang merupakan pemain yang sangat bagus dalam pasukan dalam United ketika ini.

Penyerang tengah itu telah membuat lima bantuan gol setakat tiga perlawanan awal pada musim baharu.

“Tapi perkara itu berlaku apabila Mkhitaryan beraksi dengan Lukaku dan bukan bersama Ibrahimovic. Dia tidak selaju dan selincah Lukaku.

“Ibrahimovic masih terbaik tetapi tidak dengan kelancaran skuad United ketika ini. Dia akan merosakkan rentak rancak yang diperagakan United dalam tiga perlawanan awal liga.

“Jika saya kini adalah pemain Man City, Liverpool ataupun Chelsea sudah pasti sangat ‘senang’ berdepan Ibra. Dia tidak lagi seperti dahulu,” katanya berterus-terang. – MalaysiaGazette