Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran pelbagai jenis dadah selepas menahan tujuh individu, termasuk lima warga asing serta merampas 174 guni bahan untuk memproses dadah bernilai lebih RM50 juta dalam siri operasi sekitar Lembah Klang.