Home Nasional Sistem baru permohonan kuarantin wajib di rumah dilancarkan esok – Khairy

Sistem baru permohonan kuarantin wajib di rumah dilancarkan esok – Khairy

SEPANG – Sistem permohonan untuk kuarantin wajib di rumah (HSO) bagi pengembara yang baru tiba dari luar negara, kata  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, berikutan itu rakyat Malaysia atau ekspatriat yang tiba di Malaysia tidak perlu lagi menggunakan e-mel untuk membuat permohonan kuarantin.

Jelasnya, Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) telah membangunkan satu sistem bagi permohonan kuarantin di rumah yang lebih ringkas dan akan dilancarkan esok.

“Mereka hanya perlu pergi kepada laman web KKM (Kementerian Kesihatan) bermula pada pukul 8 pagi esok, akan ada satu banner untuk home quarantine application. Klik dekat banner tersebut, satu borang sahaja,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis ‘Opening, Walkabout New Private Screening Covid-19’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Bagaimanapun, Khairy menjelaskan,  borang permohonan perlu diisi dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan di Malaysia.

Dalam pada itu, khairy memberitahu, kerajaan kini dalam usaha membina semula ekonomi negara dengan membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berperingkat dan ia dilakukan secara berhati-hati.

Pelaksanaan terbabit adalah sebahagian daripada strategi Reopening Safely yang diselaraskan bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Langkah pertama yang dapat dilihat adalah dengan permulaan gelembung pelancongan domestik di Langkawi pada 16 September lalu, ujarnya.

Terdahulu, Khairy membuat tinjauan persiapan pusat saringan kesihatan di KLIA untuk menerima ketibaan pengembaran dari luar negara dalam strategi Reopening Safely Malaysia yang akan dilakukan secara berperingkat. – Malaysia Gazette