Home Dunia Umeno, Koume kembar seiras tertua di dunia

Umeno, Koume kembar seiras tertua di dunia

Umeno Sumiyama (kiri) dan Koume Kodama bersama sijil mereka. foto Guinness World Records

TOKYO – Dua beradik perempuan disahkan oleh Guinness World Records sebagai kembar seiras tertua di dunia.

Mereka berusia 107 tahun dan 300 hari.

Umeno Sumiyama dan Koume Kodama telah memecahkan rekod yang dibuat oleh saudara kembar Jepun, Kin Narita dan Gin Kanie.

Pasangan kembar ini dilahirkan pada 5 November 1913 di Pulau Shodoshima.

Pengumuman itu dibuat sempena Respect for the Aged Day – yang merupakan cuti umum di Jepun.

Sebelum ini, Kin dan Gin adalah pemegang rekod pasangan kembar seiras tertua pada usia 107 tahun dan 175 hari.

Kin meninggal dunia pada bulan Januari tahun lalu dan Gin pula setahun selepas itu pada usia 108 tahun.

Kedua-dua mereka dilahirkan pada 1 Ogos 1892 di Nagoya.

Umeno memiliki empat orang anak dan Koume tiga.

Jepun merekodkan jangka hayat tertinggi di dunia dan mereka mendapat penghormatan.

Individu tertua menurut Guinness, adalah wanita Jepun, Kane Tanaka yang berusia 118 tahun. – BBC