Home Nasional Pesakit ICU Pahang masih tinggi, belum boleh beralih PPN Fasa 3 –...

Pesakit ICU Pahang masih tinggi, belum boleh beralih PPN Fasa 3 – MB

Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Pahang dalam persediaan memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 kerana mematuhi semua peraturan namun masih belum melepasi kriteria terakhir.

Ini berikutan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) yang tinggi belum melayakkan negeri itu beralih dari Fasa Dua ke Fasa Tiga PPN.

Bagaimanapun, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah memohon untuk Menteri Kesihatan memberi pertimbangan khas dan menyokong negeri ini untuk ke PPN 3.

“Kita telah memenuhi semua krieteria  kecuali Pahang masih mencatatkan jumlah rekod katil yang tinggi di dalam ICU. Kerjaaan negeri sudah memaklumkan di dalam mesyuarat bersama Menteri Kesihatan di mana Khairi Jamaluddin mahu tempoh seminggu untuk membertimbangkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Wan Rosdy mahu rakyat di negeri itu yang masih sihat untuk meneruskan kehidupan  dan sector ekonomi untuk beralih Fasa 3 PPN.

”Mereka yang kena jangkitan Covid-19 berada dalam ICU memerlukan jangka masa lama untuk pulih iaitu kira-kira dua minggu, manakala pasa sama mereka yang di luar mahu meneruskan kehidupan.

Jelasnya kriteria daripada segi kadar vaksinasi, Pahang sudah memenuhi kriteria di mana kadar kebolehjangkitan pula bawah pada 1.0.

Justeru, beliau berharap Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dapat memberi pertimbangan khas untuk melayakkan Pahang beralih ke Fasa Tiga PPN dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

+ posts