SYDNEY – Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda menggegarkan tenggara Australia termasuk bandar Melbourne.
Gempa berlaku kira-kira 9.15 waktu tempatan pada hari Rabu di Mansfield, tidak jauh dari ibu negara Victoria.
Rakaman di media sosial menunjukkan kerosakan berlaku pada beberapa bangunan, tetapi tidak ada kecederaan yang dilaporkan.
Gempa itu pada kedalaman 10 kilometer (6 batu), menurut Geosciences Australia.
Perkhidmatan Kecemasan Negeri Victoria mengatakan penduduk di seluruh wilayah berkenaan merasa gegaran tersebut.
Tidak ada ancaman tsunami.
Melbourne, bandar kedua terbesar di negara ini menempatkan sekitar lima juta orang.
Bandar ini kini melaksanakan sekatan pergerakan kerana gelombang kes koronavirus baru-baru ini. – BBC