KOTA TINGGI – Dua sahabat yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemui terapung berdekatan Jeti Sungai Mados, Kampung Air Putih, di sini di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Al Hasra Mohamed berkata, mayat pertama dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, ditemui pada pukul 7.10 pagi tadi, kira-kira lima kilometer (km) dari jeti.
Manakala rakannya pula, Amirrudin Abdul Malik, 53, dijumpai pada pukul 8.03 pagi, kira-kira 200 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.
Semalam media melaporkan dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya menemui bot yang mereka naiki di Jeti Mados, Kampung Air Putih.- MalaysiaGazette