KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.75 seliter bagi tempoh 23 sehingga 29 September 2021.
Bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Ini bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette