Home Nasional Najib sahkan Malaysia capai sasaran 111 pingat emas

Najib sahkan Malaysia capai sasaran 111 pingat emas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2017.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada skuad Sukan SEA KL2017 apabila berjaya meraih sasaran pingat 111 pingat emas.

Biarpun berbaki tiga hari lagi, pencapaian itu sekali gus mengesahkan Malaysia sebagai juara keseluruhan sukan Asia Tenggara tahun ini.

“Saya mengisytiharkan kontinjen Sukan SEA negara berjaya meraih pingat emas yang ke-111 seperti yang menjadi sasaran kita.

“Dengan ini, sah dan nyatalah Malaysia akan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA 2017 dan pencapaian ini mencatat sejarah gemilang oleh semua atlet Sukan SEA negara,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Projek Sungai Nadi Kehidupan dan Kolam Biru, malam ini.

Dengan pencaiaan itu, ia menyamai pungutan pingat keseluruhan Malaysia pada 2001 juga dengan 111 pingat emas. -MalaysiaGazette.