Home Nasional Shahidan sambut pelawaan Syed Saddiq mahu berbasikal di ibu kota

Shahidan sambut pelawaan Syed Saddiq mahu berbasikal di ibu kota

potholes KL Kuala Lumpur
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim menyambut baik pelawaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar berbasikal bersamanya.

Shahidan berkata beliau telah memulakan aktiviti pemantauan di sekitar ibu kota dengan melakukan aktiviti berjalan.

“Berhubung dengan cadangan Muar, saya bersetuju dan tidak ada masalah malah laluan basikal yang 300 kilometer itu sedang diusahakan.

“Oleh kerana jalan itu bertindih dengan jalan pejalan kaki maka saya jemput Muar berjalan kaki dengan saya, kita akan nampak lebih banyak tempat,” jawab Shahidan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq mengajak Shahidan berbuat demikian bagi meninjau lorong berbasikal agar proses menaik taraf lorong itu dapat dilakukan oleh menterinya sendiri.

“Saya ajak menteri turun berbasikal dengan saya supaya saya boleh tunjukkan jalan-jalan yang perlu dinaik taraf dan dalam pada masa yang sama berpotensi untuk bangunkan laluan berbasikal yang baharu.

“Ini kerana potensi untuk Kuala Lumpur menjadi bandar berbasikal itu amat besar,” tawar Syed Saddiq ketika mencelah penggulungan Titah Diraja Shahidan di Dewan Rakyat.- MalaysiaGazette