KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang membawa minyak pelincir terpakai terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan terbalik di atas jalan raya.
Kemalangan itu berlaku di kilometer 7.3 selatan, Lebuh Raya Baru Lembah Klang dari Bukit Jelutong menghala ke Klang.
Balai Bomba dan Penyelamat Anggerik berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.50 tengah hari dan tiba ditempat kejadian 1.02 petang.
Mangsa yang berumur 48 tahun itu didapati tersepit di bahagian pemandu dan cedera parah di kepala dan putus tangan kanan dan berada dalam keadaan separuh sedar.
Bagaimanapun mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia. – MalaysiaGazette