LA PALMA – Sebuah rumah di Kepulauan Canary digelar ‘rumah ajaib’ kerana satu-satunya kediaman yang tidak dimusnahkan oleh lava gunung berapi.
Lava dari gunung berapi Cumbre Vieja masih aktif dan setakat ini para saintis tidak pasti bila letusan akan berakhir.
Sejak gunung itu meletus pada Ahad lalu, lebih 200 buah rumah musnah dan 6,000 penduduk diselamatkan/
Rumah itu didakwa milik pasangan pesara Denmark, Inge dan Ranier Cocq.
Pasangan itu lega apabila rumahnya terselamat daripada dileburkan oleh lava gunung berapi.
Selain kediaman penduduk, lava itu turut memusnahkan sekolah dan ladang pisang.
Pakar-pakar mengatakan lava bergerak “sangat perlahan” pada saat ini.
Oleh sebab itu, tidak dapat dipastikan sama ada liran itu akan sampai ke laut atau sebaliknya.
Kerajaan Kepulauan Canary telah mengumumkan rancangan untuk membeli dua pembangunan perumahan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat letusan gunung berapi. – BBC