KUALALUMPUR – Sebanyak 41 kawasan di wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air disebabkan paip pecah telah berlaku berhampiran Jejambat Ampang Point, Jalan Ampang.
Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip berjalan lancar, Air Selangor telah menutup bekalan air pada jam 12 tengah hari tadi.
Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 12 tengah hari esok, 26 September 2021.
Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, 27 September 2021.
Air Selangor akan turut mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. – MalaysiaGazette