KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 kembali menunjukkan penurunan apabila jumlah terkini yang direkodkan adalah sebanyak 13,899.
Dengan ini, jumlah kumulatif kes positif dalam negara setakat ini adalah 2,185,131 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih negeri paling tinggi dengan 2,712 kes diikuti Selangor kini menjadi negeri kedua tertinggi dengan 2,341 kes.
Ketiga tertinggi pula adalah Johor (1,377) kes, Kelantan (1,170 ), Perak (1,128) dan seterusnya Pulau Pinang (1,060).
“Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (310), Negeri Sembilan (194) WP Putrajaya (37), Perlis (17)dan WP Labuan pula lima kes,” katanya.- MalaysiaGazette