KUALA LUMPUR – Sittah Annur yang mendakwa menjadi ketua kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dijangka melafazkan pengisytiharan taubat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.
Perkara itu diketahui menerusi jemputan liputan yang diterima oleh pihak media hari ini.
Sittah atau nama sebenar Mashita Ab Jalar yang berusia 39 tahun dijangka melafazkan pengisytiharan taubat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam masjid berkenaan pagi esok.
Wanita itu telah ditahan polis berikutan rakaman video tular antara lain berkaitan pengakuan mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, malaikat dan Nabi Muhammad SAW.
Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT.
Artikel berkaitan:
- Ajaran sesat PMYT: Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis
- Sebar ajaran sesat PMYT: Sittah Annur direman empat hari
- Polis selesai ambil keterangan Sittah Annur
- Polis kenal pasti individu terlibat ajaran sesat PMYT – KPN
— MalaysiaGazette