Home Ekonomi Iwan Azlan Ketua Pegawai Sumber Manusia baharu KWSP

Iwan Azlan Ketua Pegawai Sumber Manusia baharu KWSP

Employees Provident Fund EPF i-Citra withdrawal RM5,000
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Iwan Azlan Mokhtar sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia berkuatkuasa 24 September 2021.

Beliau akan bertanggungjawab memacu inisiatif-inisiatif sumber manusia ke arah transformasi organisasi di samping membangunkan hala tuju strategik Bahagian Sumber Manusia, selain menyelia pengurusan dua jabatan, iaitu People Matters
Department and EPF Learning Campus.

Iwan Azlan membawa bersamanya pengalaman selama 29 tahun di dalam bidang sumber manusia.

Sebelum menyertai KWSP, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden, Sumber Manusia di MISC Berhad dari tahun 2009 hingga 2020 sebelum menyertai Tenaga Nasional Berhad sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia pada tahun 2020.

Iwan Azlan kini menyertai barisan pengurusan kanan KWSP, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Pelaburan Rohaya Mohammad Yusof, Ketua Pegawai Operasi Sazaliza Zainuddin, Ketua Pegawai Strategi Nurhisham Hussein, Ketua Pegawai Kewangan Mohamad Hafiz Kassim dan Ketua Pegawai Teknologi Digital Muhammad Afhzal Abdul Rahman. – MalaysiaGazette