Home Nasional Wanita Sabah disaran sumbang idea untuk jayakan TN50 – Musa

Wanita Sabah disaran sumbang idea untuk jayakan TN50 – Musa

Polis Sabah sedang berusaha untuk mendapatkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bagi merekodkan kenyataannya dengan segera berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa yang dibuat pada minggu lalu.
Musa Aman

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyarankan agar golongan wanita di negeri ini terus melibatkan diri secara aktif dengan menyumbang idea serta aspirasi dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Beliau berkata, selaras dengan usaha itu, kerajaan negeri akan terus mengutamakan agenda pemerkasaan wanita dalam pelbagai sektor, selain menyediakan serta menyalurkan peruntukan tahunan yang besar kepada golongan berkenaan.

“Saya percaya wanita juga tidak kurang hebatnya. Melalui program yang diadakan, saya optimis bahawa kita akan dapat mengenal pasti kehendak, kecenderungan dan aspirasi rakyat khususnya para wanita di Sabah,” katanya pada majlis penutup Program TN50 Wanita Sabah di sini hari ini,

Teks ucapan Musa dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Mengenai majlis itu, Musa berkata pihaknya menyambut baik penganjuran program itu bagi mendekati dan menyelami aspirasi kaum wanita Sabah serta membantu kerajaan merealisasikan TN50.

“Ini menunjukkan bahawa suara dan pandangan wanita amat penting dalam merangka dan menentukan masa hadapan negara. Kaum wanita di Sabah turut memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negeri.

“Oleh itu kita akan terus mengambil kira peranan dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam memacu pembangunan negeri,” katanya.

Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang menganjurkan program itu, Musa juga merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah mengilhamkan TN50.

“Inisitif yang tepat pada masanya ini (TN50) jelas membuktikan ketelusan dan polisi perdana menteri yang sentiasa mendengar suara dan aspirasi rakyat dalam merancang masa depan, mentadbir dan mengurus negara pada masa akan datang.” katanya. – MalaysiaGazette