Home Nasional Penyediaan akses digital diperkukuhkan

Penyediaan akses digital diperkukuhkan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika menerima emel yang menggunakan profil pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama agensi kerajaan akan meneruskan usaha mewujudkan ekosistem terhadap usaha pusat data yang menawarkan kepakaran khusus dan perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud services) berteknologi tinggi bagi memenuhi pemintaan para pengguna.

Selain itu, 12 Internet Exchange Point (IXP) yang sedia ada akan ditambah kepada 66 pada tahun 2025. IXP memastikan pertukaran trafik Internet antara penyedia perkhidmatan lancar dan rangkaian penghantaran kandungan menjadi lebih pantas, mengurangkan keperluan transit huluan data (upstream data), lantas mengurangkan kos hantaran.

Untuk mengukuhkan ekonomi digital setempat bagi semua lapisan rakyat, terutamanya untuk golongan B40, 873 Pusat Internet Komuniti kini ditransformasi menjadi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).

Bilangan ini akan ditingkatkan dengan sasaran “1 PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri.

SKMM berkata, PEDi berperanan memperkasakan aktiviti ekonomi digital dengan membangunkan kemahiran penggunaan Internet serta meningkatkan penglibatan e-dagang. MCMC akan terus mempergiatkan program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) bagi mendorong usahawan mikro beralih kepada pendigitalan. PUPUK bakal memanfaatkan 800 ribu usahawan mikro menjelang tahun 2025.

Untuk merelisasikan RMK-12, Malaysia sudah pun berada di landasan yang tepat dengan pelaksanaan Pelan JENDELA yang buat masa kini telah mencapai sasaran-sasaran pencapaian pada setiap suku sejak September 2020.

Kesalinganhubungan yang menyeluruh serta teknologi 5G mampu mengubah trajektori ekonomi digital negara dan mencetuskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) yang akan menyumbang sejumlah 25.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.

Menurut SKMM, Malaysia telah mencapai kemajuan dalam membangunkan infrastruktur digital dengan memantapkan kesalinghubungan sedia ada melalui Pelan Jalinan Digital Negara atau Jendela

Pelan lima tahun ini bertujuan meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar 4G di seluruh negara.

Jendela bermatlamat merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar serta mencetuskan inovasi digital yang bakal membangunkan ekonomi digital.

Rangkaian 4G turut dimantapkan dengan menamatkan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 agar spektrumnya dapat dimanfaatkan oleh khidmat rangkaian 4G, sekali gus mempercepatkan pelancaran 5G pada penghujung tahun 2021 iaitu setahun lebih awal daripada rancangan asal untuk menyokong penghantaran data pantas. – MalaysiaGazette