Home Nasional Semakan pra-pendaftaran pemilih mulai 1 Oktober ini – SPR

Semakan pra-pendaftaran pemilih mulai 1 Oktober ini – SPR

(Picture for representational purposes only). Election Commission (EC) making final preparations by carrying poll boxes for the P.132 Port Dickson by-election. at Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 12 OCTOBER 2018 Undi 18
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan maklumat bagi sejumlah 5.8 juta bakal pemilih dan memberi peluang kepada mereka untuk menyemak dan mengesahkan rekod mereka.

Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) bermula 1 sehingga 31 Oktober ini.

SPR berkata, urusan SPPA boleh dibuat melalui dua kaedah berikut:

(a) Membuat semakan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my; atau
(b) Hadir ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Menurutnya, dalam tempoh SPPA ini, mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Justeru, SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR.

Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di
Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai SPPA ini, orang ramai boleh hubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau layari portal www.spr.gov.my – MalaysiaGazette