KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya dan berkongsi nama penuh bayi perempuannya itu, di Instagram.
Menerusi hantaran sama, penyanyi lagu popular Pencuri Hati itu memilih nama cinta hati hati mereka Ana Nayla Ahmad Nabil.
Ayda turut memohon doa netizen agar kelahiran bayi sulungnya itu sentiasa dilindungi dan menjadi anak yang baik.
“Assalamualaikum uncles dan aunties! Sepatutnya keluar hari ini tetapi tidak sabar nak jumpa uncle aunty!
“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi serta menjadi anak yang baik ya,” tulisnya di Instagram.
Sebelum ini, Ayda telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan cara pembedahan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 21 September lalu.
Penyanyi itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga pengacara, Nabil Mahir, pada 1 Januari lalu. – MalaysiaGazette