Home Nasional Covid-19: 12,434 kes, Sarawak masih tertinggi

Covid-19: 12,434 kes, Sarawak masih tertinggi

Keadaan pesakit Covid-19 yang diasingkan ke satu bilik berlainan ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,434 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan diseluruh negara hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini kini mencecah 2,232,960 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Sarawak masih lagi mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan hari ini 2,967 kes direkodkan.

Ia diikuti Selangor 1,362 kes, Johor (1,289), Kelantan (1,125) kes dan Sabah (1,000).

Manakala, negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes di bawah 1,000 iaitu Perak (971), Perak (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Negeri Sembilan (169), Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan (5). – MalaysiaGazette

 

+ posts