Home Nasional KKM siasat dakwaan individu meninggal dunia selepas divaksin

KKM siasat dakwaan individu meninggal dunia selepas divaksin

Deputy Minister of Health, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 15 DECEMBER 2020
Deputy Minister of Health, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 15 DECEMBER 2020 Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. foto AFFAN FAUZI, 15 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak menimbulkan kebimbangan awam susulan rakaman video tular mendakwa beberapa individu meninggal dunia selepas menerima vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti perkara berkenaan dan akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat.

“Pihak KKM mengambil maklum akan video tular di media sosial berkenaan dakwaan kesan sampingan susulan pemberian vaksin melalui program vaksinasi remaja.

“Pihak KKM memandang serius perkara ini dan pihak KKM juga sedang mendapatkan fakta terperinci bagi setiap isu yang dibangkitkan di dalam video tersebut,” katanya.

Video tular berdurasi satu minit 40 saat itu memaparkan seorang wanita mendakwa beberapa individu termasuk dua pelajar sekolah menengah di Ipoh, Perak dan seorang remaja di Lahad Datu, Sabah meninggal dunia akibat vaksin Covid-19.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dakwaan mengenai dua pelajar sekolah di Ipoh, Perak meninggal dunia selepas menerima vaksin Covid-19 seperti didakwa dalam video berkenaan adalah tidak benar. – MalaysiaGazette