Home Ekonomi Grocer Mat sasar 20 cawangan baharu tahun depan

Grocer Mat sasar 20 cawangan baharu tahun depan

Pengarah Urusan Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd merangkap Pengasas Grocer Mat, Datuk Fathiri Fadzlah menunjukkan antara barang segar yang diniaga di Grocer Mat di Sri Gombak, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 29 SEPTEMBER 2021.

GOMBAK – Pasar basah, Grocer Mat menyasarkan untuk membuka 20 cawangan baharu  sekitar Lembah Klang pada tahun depan.

Pemiliknya, Datuk Fathiri Fadzlah berkata, pengembanhan operasi bakal bermula menjelang akhir tahun ini apabila cawangan kedua dibuka di Bandar Sri Putra.

Pembukaan cawangan yang lebih banyak pada masa akan datang akan memberi banyak manfaat kepada pelanggan kerana lebih banyak produk dapat ditawarkan pada harga yang murah, katanya.

“Cawangan kedua Grocer Mat akan beroperasi di Bandar Sri Putra pada Disember ini kerrana saya sasar untuk membeli lebih banyak stok daripada pembekal dengan harga murah di mana saya boleh menawarkan harga yang lebih murah kepada pelanggan,

“Justeru tahun depan, saya menyasarkan dapat membuka 20 cawangan Grocer Mat di Lembah Klang manakala sasaran jangka panjang sehingga 2,000 cawangan,” katanya.

Pengarah Urusan Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd merangkap Pengasas Grocer Mat, Datuk Fathiri Fadzlah(kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian Grocer Mat di Sri Gombak, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 29 SEPTEMBER 2021.

Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette selepas majlis pembukaan cawangan pertama Grocer Mat secara rasmi di Taman Sri Gombak di sini semalam.

Sempena pembukaan itu, Grocer Mat menawarkan sebanyak 1,000 ekor ayam segar akan diberikan secara percuma kepada pengunjung dengan minimum pembelian RM30.

Grocer Mat kini menyediakan lebih dari 80 jenis sayuran segar dan sebanyak 40 jenis bagi barangan basah dengan tawaran harga yang milik dan murah berbanding pasar lain.

Mengulas lanjut, Fathiri menambah, keunikan Grocer Mat dengan pasar basah lain kerana pembeli dapat menikmati membeli-belah dalam suasana selesa kerana premis yang luas dan berhawa dingin.

Pada masa sama, kata beliau, pasar itu turut menawarkan pelbagai barangan basah seperti ayam, hidupan lau, sayuran dan buah sebagai tarikan kepada pengunjung.

Pekerja Grocer Mat memastikan barang segar mencukupi sempena hari pertama operasi Grocer Mat di Sri Gombak, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 29 SEPTEMBER 2021.

Menurutnya, semua stok barangan basah dijamin berkualiti tinggi dan segar kerana pihaknya mendapat bekalan baharu selewat-lewatnya dalam tempoh tiga hari.

“Bekalan baru dijangkakan sampai setiap tiga hari dan pada masa, sama, Grocer Mat bercadang untuk mengadakan jualan lelong seperti ‘Infaq Jumaat’  atau ‘Crazy Sunday’ untuk memberi peluang ramai membeli barangan basah dengan harga yang murah kerana kita tahu makanan laut bukannya murah.

“Ini juga cara kita untuk menambah bekalan baru setiap sehari atau dua hari sekali memandangkan kesegaran barangan basah hanya mampu bertahan antara tiga hari sahaja.

“Pada masa sama, barangan basah dan segar seperti sayuran lebihan boleh disedekahkan pada rumah rumah golongan asnaf dan golongan tua yang memerlukan sebagai amal jariah,” katanya. – MalaysiaGazette