SINGAPURA – Dolar bangkit semula selepas mengalami kejatuhan dalam tempoh dua tahun setengah berikutan kebimbangan bedilan peluru berpandu Korea Utara di Jepun semalam.
Namun saham Asia lemah walaupun Wall Street semakin tinggi.
Indeks dolar, yang menjejaki kedudukan dolar Amerika Syarikat berbanding sekumpulan enam mata wang utama naik 0.1 peratus kepada 92.34.
Dolar naik 0.15 peratus kepada 109.825 yen. Selepas mengalami penurunan terendah dalam tempoh empat setengah bulan berbanding mata wang selamat, dolar ditutup 0.5 peratus.
Yen cenderung untuk memberi manfaat semasa tekanan berlaku dalam geo-politik atau kewangan kerana Jepun adalah negara pemiutang terbesar di dunia dan terdapat anggapan bahawa pelabur Jepun akan memulangkan dana ketika krisis.
Dolar juga sedikit berubah berbanding Swiss franc dengan kadar belian 0.9555 pada awal Rabu, selepas menjurnam kepada paras paling rendah sejak Ogos 2015 dalam dagangan sebelumnya.
Presiden Donald Trump yang mengulas pelancaran peluru berpendu terkini Korea Utara berkata, kan semua pilihan berada di atas meja.
Pasaran setakat ini seolah-olah menolak pernyataan Korea Utara bahawa ujian itu merupakan langkah pertama dalam tindakan ketenteraan di Pasifik untuk “membabitkan” wilayah Amerika Syarikat di Guam.
Pedagang mata wang sedang menunggu data gaji bukan ladang untuk bulan Ogos yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.
Indeks MSCI Asia Pasifik, saham di luar Jepun tidak berubah dalam perdagangan awal. Indeks KOSPI Korea Selatan dan saham Australia meningkat 0.1 peratus.
Nikkei Jepun meningkat 0.5 peratus apabila yen lemah.
Harga minyak pula mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun selepas Taufan Harvey melanda hampir satu per lima daripada kapasiti penapisan di Amerika Syarikat dan dijangka banyak penutupan aktiviti penggerudian di negara itu.
Niaga hadapan gasolin Amerika Syarikat naik 2.25 peratus kepada AS$1.8234, kenaikan kepada 9.4 peratus pada minggu ini.
Kenaikan dalam inventori minyak mentah dipacu oleh penutupan loji penapisan tetapi memberi kesan kepada harga minyak.
Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarika jatuh 0.4 peratus dalam dagangan awal kepada AS$46.26 tong, selepas merekodkan harga rendah dalam tempoh lima minggu.
Brent pula susut 0.2 peratus kepada AS$51.91 setong. – MalaysiaGazette