Home Dunia YouTube sekat kandungan antivaksin

YouTube sekat kandungan antivaksin

China Press melaporkan, artis-artist Internet yang menggunakan media sosial untuk menjadi duta produk atau mempromosi produk tertentu, serta mempunyai pendapatan melebihi RM5,000 sebulan perlu mengisytihar hasil mereka.
YouTube sekat semua kandungan anti-vaksin.

WASHINGTON  – YouTube akan menyekat kandungan antivaksin sebagai langkah lanjut untuk menghalang penyebaran maklumat palsu berhubung vaksin Covid-19, katanya dalam satu hantaran di blog pada Rabu.

Antara contoh kandungan yang tidak dibenarkan tampil dalam YouTube termasuklah dakwaan yang mengatakan vaksin berkenaan menyebabkan kemandulan serta suntikan MMR yang melindungi individu daripada dijangkiti cacar, beguk dan rubella boleh menyebabkan autism.

Syarikat video atas talian milik Alphabet itu turut mengharamkan saluran-saluran yang dikaitkan dengan beberapa aktivis antivaksin ternama seperti Robert F. Kennedy Jr dan Joseph Mercola.

Dalam pada itu, Mercola dalam satu kenyataan berkata: “Kami di seluruh dunia akan terus bersatu, tidak akan hidup dalam ketakutan, berpegang teguh pada prinsip dan akan melindungi kebebasan kami.”

Kennedy pula dalam satu kenyataan menyebut: “Sejarah membuktikan penapisan dan kerahsiaan tidak akan meningkatkan demokrasi mahu pun kesihatan awam.”

Langkah itu diambil selepas YouTube dan gergasi teknologi lain seperti Facebook dan Twitter dikritik kerana dikatakan tidak bersungguh-sungguh menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung maklumat kesihatan di laman masing-masing.- Agensi