Home Ekonomi MDEC nafi tawar baucar tebus tunai syarikat bawah SSM

MDEC nafi tawar baucar tebus tunai syarikat bawah SSM

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang maklumat berkenaan tawaran baucar yang boleh ditebus untuk tunai kepada syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam satu kenyataan berkata, terdapat banyak percubaan termasuk maklumat berkenaan bertujuan menipu orang ramai.

“Ada pihak telah menggunakan nama MDEC di media sosial dan juga aplikasi WhatsApp untuk tujuan itu.

“MDEC ingin menegaskan bahawa maklumat atau hantaran berkenaan adalah palsu dan telah memberi persepsi negatif kepada program sokongan pendigitalan perniagaan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk para peniaga,” menurut kenyataan tersebut.

Untuk sebarang berita dan pengumuman terkini, orang ramai boleh melayari http://mdec.my

Jelas MDEC lagi, orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan sebarang penyebaran maklumat tidak sah atau palsu tersebut.

“Sebaik-baiknya rujuk perkara berkenaan di laman sesawang atau saluran media sosial rasmi MDEC untuk mendapat maklumat tepat serta terkini,” katanya lagi.- MalaysiaGazette