KUALA LUMPUR – Tidak ada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad.
Sebaliknya, kata beliau, penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) hanya menyenaraikan masing-masing satu lokaliti di Pahang dan Sabah dilanjutkan serta ditamatkan PKPD.
Katanya, lokaliti yang dilanjutkan ialah Kampung Sungai Padi dalam Mukim Telang, Lipis, Pahang selama dua minggu lagi dari 3 hingga 16 Oktober ini.
Manakala Kampung Air di Beluran, Sabah ditamatkan PKPD bermula esok.
Kata beliau, dua lokaliti yang dilanjut dan ditamatkan itu dilakukan selepas kerajaan meneliti Analisa oleh KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette